Wednesday, 7 November 2012

Kisah Rasulullah S.A.W dan kucingnya.




Kucing adalah suatu binatang yang sangat comel dan sangat akrab serta manja dengan manusia. Dependslah kalau kucing tu jenis yang tak suka mencakar orang. Hehehe. Makhluk Allah ni menjadi peneman kepada manusia sejak dari dulu lagi. Aku ingat lagi kucing aku yang bernama "Spykey". Kucing yang memahami aku, kucing yang boleh mengetahui apa yang aku rasa. Tetapi semua tu telah menjadi kenangan. Dia pergi meninggalkan aku tanpa pengetahuan aku. Okay okay, rasa nak nangis pulak *tukar topic balik*. Yang paling penting sekali pasal kucing ni, manfaatnya ialah menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Ini adalah kerana Rasulullah S.A.W menyayangi kucing. Jadi, menyayangi kucing adalah amalan mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W dan segala amalan sunnah Nabi Muhammad S.A.W akan diganjariNya.

"Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala Rasulullah S.A.W hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, Rasulullah pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. 

Ketika Rasulullah S.A.W kembali ke rumah, Mueeza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya (Rasulullah S.A.W).

Sebagai balasan, Rasulullah S.A.W menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Rasulullah S.A.W menerima tetamu di rumahnya, Rasulullah S.A.W selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang Rasulullah S.A.W sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabat, Rasulullah S.A.W selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Rasulullah S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksaan neraka.

Tidak hanya Rasulullah S.A.W, isteri Rasulullah S.A.W sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan.

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya. - AANS"

Nabi menegaskan dalam hadith baginda bahawa kucing ini adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman kucing dibolehkan untuk berwudhuk. Hal ini dinyatakan dalam hadith baginda:

         Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi S.A.W pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis”.

                                       
                               Syukran Jazilan for reading. Assalamualaikum. :)



No comments:

Post a Comment