Thursday, 8 November 2012

Tolak cinta manusia demi Allah oleh Yusri.


Jam di dinding menunjukkan pukul 12.00am. Mardhiah sedang membelek-belek applications di iPhone 4Snya itu. Mardhiah masih menunggu SMS dari boyfriendnya yang bernama Dashriq atau nama singkatannya adalah Dash. Mardhiah dan Dash sudah 3 tahun bersama. Mardhiah sangat menyayangi Dashriq. Banyak memori telah tercipta diantara hubungan Mardhiah & Dashriq sepanjang 3 tahun bersama.

                              "Memori yang mengajar erti hidup.
                     Memori yang mematangkan, mendewasakan.
                         Memori manis dan pahit, suka d
an duka.

                                           Terlalu banyak."


Dashriq seorang boyfriend yang senantiasa mengingatkan girlfriendnya (Mardhiah) supaya jangan tinggalkan solat. Dashriq juga yang mengajar Mardhiah supaya melakukan segala kebaikan demi Allah. Tapi Dashriq juga yang membuat Mardhiah leka terhadap Allah S.W.T. Dashriq juga yang selalu muncul dalam mimpi Mardhiah. Dan Dashriq juga selalu bermain di dalam pemikiran Mardhiah.

Mardhiah berhajat untuk meminta "break" dengan Dash disebabkan beliau sudah mendapat hidayah dan keredhaan Allah S.W.T.

Mardhiah sudah bertaubat dan beliau tidak mahu lagi melakukan segala benda yang diharamkan oleh Allah. Beliau rasa amat kesal melakukan perkara maksiat. Pemikiran Mardhiah asyik bertanya "Bayangkan di padang mahsyar nanti, Allah akan tunjuk semua perkara yang aku lakukan bersama Dash, sehingga aku malu, aku malu, aku malu, aku malu yang teramat dan tidak terkata. Dan akhirnya balasan api neraka kelak." kata hatinya dengan penuh kesalan.

"All those 'activities' we've been committing with our non-mahrams. Those SMSes that got us smiling alone. Those late night calls that got us missing our tahajjuds. Kita lupa Allah nampak. He sees each and every. Akhirat nanti, mungkin aib kita dibuka. Kelak malu kita akhowatku sayang, malu tak terkata. Dikatakan sampai jatuh daging-daging muka menahan malu. Istighfar. Katakan Astaghfirullah hal Aziim" - dipetik dari blog Aisyah Shakirah

Selepas Mardhiah memikirkan dosa-dosa yang telah dilakukan olehnya, Dash mengirim pesanan SMS kepadanya.

Dash: Hi sayang. Sorry I tak dapat nak call or text you. I busy sangat harini dengan study. Sorry. :(

Mardhiah reply.

Mardhiah: It's okay. Macam mana exam okay?

Dash reply.

Dash: Exam was good. I boleh buat semua soalan disebabkan bantuan you haritu. Terima kasih sayang. I just really love you. :)

Mardhiah reply dengan tidak berperasaan.

Mardhiah: Welcome.

Dash reply.

Dash: Good. Are you okay? How are you sayang? Sehari tak text you terasa macam setahun tak text you. Janganlah merajuk b. I tak suka bila you merajuk dengan I. :(

Mardhiah reply.

Mardhiah: I'm good. Can I ask you something?

Dash reply.

Dash: Apa dia sayang? *mini heart attack*

Mardhiah reply.

Mardhiah: Dash, do you love Allah?

Dash reply.

Dash: Of course. I really really love Allah. He created me. Kenapa ni sayang tetiba tanya soalan macam ni? ._.

Mardhiah reply.

Mardhiah: Sanggup ke you tinggalkan sesuatu demi Allah? 

Dash reply.

Dash: Ya, I sanggup. I sanggup tinggalkan sesuatu contohnya macam I tinggalkan sesuatu yang Allah haramkan seperti minum arak dan sebagainya dan melakukan segala perintahNya. :)

Mardhiah reply.

Mardhiah: Bukan yang camtu tapi tinggalkan seseorang.

Dash reply.

Dash: InsyaAllah I sanggup. Sayang you buat I takutlah. Tukar topik boleh? ._.

Dashriq menunggu reply SMS Mardhiah dengan agak lama....

Mardhiah menghiraukan kesedihan yang bakal menimpa Dashriq. Yang hanya Mardhiah fikirkan hanyalah Allah. Mardhiah pun memulakan type SMS yang patut dia hantar kepada Dashriq.

Mardhiah type dengan perlahan dan reply dengan penuh kesedihan.

Mardhiah: Dashriq, If you love Allah. I nak you break dengan I for the sake of Allah's. I taknak lagi kita berjumpa, I taknak lagi kita texting ataupun call. I taknak lagi kita hidup dibelenggu dengan dosa maksiat. I WANT YOU TO LEAVE ME FOR THE SAKE OF ALLAH'S. We're still young, Dash. If someday we're meant to be each other, it will be. Allah doesn't like us together like this. I think it's better if we uncontact terus. I know it's hard for you. But sanggup ke you tahan dengan azab Allah di akhirat nanti? I nak you lupakan I dan bertaubatlah, I taknak kita berdua merempat di dalam Neraka Jahannam Allah. I sayang you but I lagi sayang Allah. 

Dash tidak terkata yang hanya mampu dilakukan olehnya hanyalah menangis.

Mardhiah turut menangis, beliau terus ke bilik air mengambil air wudhu' untuk menunaikan solat sunat taubat. Jauh disudut hatinya, dia masih menyayangi Dash. Walaupabagaimanapun, Mardhiah tidak mahu gagal menguruskan fitrahnya. Kalau hidayah sudah datang dan mengetuk pintu hatinya, buat apa tutup? Mardhiah berhasrat untuk meneruskan hijrah ini. Cintanya terhadap Allah lebih eksklusif dan diutamakan. Mardhiah enggan membiarkan dirinya mencintai makhluk Tuhan lebih dari zat yang menciptakan makhluk itu sendiri.

                                    Thanks for reading. Assalamualaikum. :)

P.S: Whoever reads this story, aku harap korang tak terasa, jika terasa maafkan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki. No offence. Cerita ini rekaan semata-mata dan cerita ini tiada kaitan diantara hidup dan mati.

Wednesday, 7 November 2012

Kisah Rasulullah S.A.W dan kucingnya.




Kucing adalah suatu binatang yang sangat comel dan sangat akrab serta manja dengan manusia. Dependslah kalau kucing tu jenis yang tak suka mencakar orang. Hehehe. Makhluk Allah ni menjadi peneman kepada manusia sejak dari dulu lagi. Aku ingat lagi kucing aku yang bernama "Spykey". Kucing yang memahami aku, kucing yang boleh mengetahui apa yang aku rasa. Tetapi semua tu telah menjadi kenangan. Dia pergi meninggalkan aku tanpa pengetahuan aku. Okay okay, rasa nak nangis pulak *tukar topic balik*. Yang paling penting sekali pasal kucing ni, manfaatnya ialah menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Ini adalah kerana Rasulullah S.A.W menyayangi kucing. Jadi, menyayangi kucing adalah amalan mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W dan segala amalan sunnah Nabi Muhammad S.A.W akan diganjariNya.

"Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala Rasulullah S.A.W hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, Rasulullah pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. 

Ketika Rasulullah S.A.W kembali ke rumah, Mueeza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya (Rasulullah S.A.W).

Sebagai balasan, Rasulullah S.A.W menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Rasulullah S.A.W menerima tetamu di rumahnya, Rasulullah S.A.W selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang Rasulullah S.A.W sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabat, Rasulullah S.A.W selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Rasulullah S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksaan neraka.

Tidak hanya Rasulullah S.A.W, isteri Rasulullah S.A.W sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan.

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya. - AANS"

Nabi menegaskan dalam hadith baginda bahawa kucing ini adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman kucing dibolehkan untuk berwudhuk. Hal ini dinyatakan dalam hadith baginda:

         Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi S.A.W pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis”.

                                       
                               Syukran Jazilan for reading. Assalamualaikum. :)